27/02/2011

Petanda pilihan raya umum tahun depan?

Petanda pilihan raya umum tahun depan?

27/02/2011 5:37pm

TEMERLOH 27 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula melawat ke semua negeri bermula bulan depan.
"Ini boleh dikirakan sebagai program lawatan ke negeri-negeri, dan bulan Mac ini sebenarnya saya akan mula di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.
Ditanya lawatannya itu petanda akan berlangsung pilihan raya umum pada tahun depan, Najib berkata “Semua (nak) berkait dengan pilihan raya sahaja? Pilihan raya boleh adakan bila-bila masa”. 

22/02/2011

Christchurch seakan zon perang

Gambaran seakan-akan zon perang! Begitulah keadaan di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 melanda wilyah itu semalam.
"Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,” kata Abdullah Mohd Nawi, pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury. Beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.
"Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.
Bersyukurlah kita di Malaysia yang tidak menghadapi bencana alam seperti itu.